Sunday 13 March 2011

                                           PN.ROZALIA BINTI ABD.HAMID
                                             GURU PENOLONG KANAN
                 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan HIGH SCHOOL BLOGGERS kerana telah berjaya merealisasikan suatu perancangan yang boleh saya katakan sangat kreatif dan bernas.Sewaktu pertama kali saya diberitahu mengenai perancangan para pelajar ini saya berasa amat bangga kerana para pelajar  ini telah membawa nama dan pemikiran warga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN maju ke hadapan.Saya berharap agar usaha mereka ini tidak sia-sia malah akan terus dapat dilipat-gandakan dari masa ke semasa.Selain itu,saya berharap agar kewujudan blog ini dapat memberikan informasi-informasi yang berguna bukan hanya untuk para pelajar,malah seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin dan  komuniti yang menyokong kami dalam melahirkan generasi yang cemerlang demi negara yang gemilang ini.Sekali lagi tahniah saya ucapkan dan semoga terus berjaya."

No comments:

Post a Comment