Monday 14 March 2011

                              KETUA PELAJAR SMKDS SESI 2011

                 NAMA   :Nur Amirah Binti Nor Azli
                        TARIKH LAHIR  :14/5/1994
                        CITA-CITA:Ahli Farmasi/Guru
                       HOBI:Membaca/Menonton televisyen 
                  HARAPAN UNTUK SMKDS:
                    Semoga dapat menjadi ketua pelajar yang baik
 dan dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Semoga semua  pelajar SMKDS terus menggandakan usaha dalam membangunkan serta menaikkan nama sekolah di masa hadapan dengan bantuan guru-guru yang sememangnya tidak mampu disangkal lagi kewibawaan setiap seorang daripada mereka kerana sesungguhnya  seluruh tenaga pengajar di SMKDS hebat-hebat belaka. Semoga SMKDS akan menjadi sebuah sekolah yang terunggul di MALAYSIA suatu hari nanti.
HARAPAN UNTUK BLOG ‘KAMIPUNYASTORY’:
Usaha murni  para ‘blogger’ sekolah seharusnya tidak dipandang sebelah mata kerana mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga di samping mengeluarkan idea-idea yang sangat hebat dari masa ke semasa dalam mewujudkan satu ‘rumah’  yang dipenuhi dengan pelbagai perkara menarik di mana semua warga SMKDS

merupakan penghuni yang setia.Saya percaya bahawa blog ini boleh pergi lebih jauh lagi.Dengan adanya blog seumpama ini,orang luar boleh mengenali SMKDS dengan lebih dekat lagi.Selain itu,kelebihan seperti ini juga sedikit sebanyak dapat menaikkan nama sekolah yang semakin membangun ini.Semoga kewujudan blog ‘KAMI PUNYA CERITA’ ini dapat terus memberikan informasi yang berguna kepada semua warga SMKDS khususnya para pelajar SMKDS sendiri.
 

No comments:

Post a Comment