Monday 14 March 2011




SMKDS  ada dua waktu rehat,waktu pertama untuk menengah rendah dan waktu kedua untuk menengah atas.Tapi,yang penting arah tuju para pelajar tetap sama.Nak ke mana lagi kalau bukan ke kantin?Kawasan kantin sekolah boleh dikatakan strategik kerana bersebelahan dengan koperasi dan berdekatan dengan KIOSK USAHAWAN MUDA.Jadi,para pelajar boleh membuat pilihan sendiri.Sama ada nak membeli makanan di kantin atau di koperasi.Kiosk hanya dibuka pada waktu kokurikulum sahaja kerana urusan perniagaanya berada di bawah tanggungjawab KELAB USAHAWAN MUDA.Kalau diamati dengan betul,memang gamat dan riuh suasana di kantin sekolah.Inilah masanya untuk kami,para pelajar mengisi perut yang kosong.Ada macam-macam makanan yang dijual di kantin.Pekerja-pekerja kantin pun sangat mesra dan suka bergurau.Selain itu,kantin sekolah juga dijadikan tempat untuk para pelajar menelaah pelajaran dan membuat 'studygroup' terutama sekali bagi mereka yang 'stayback' sehingga waktu petang.Di dalam kantin sekolah juga ada satu(yang boleh dikatakan)dewan kecil.Ada beberapa persembahan dan pertandingan dijalankan di situ.Kantin SMKDS bukan sekadar tempat 'mengisi perut' bahkan pelbagai perkara berfaedah boleh dilakukan di situ.Jadi,selalulah singgah di kantin sekolah.
POST BY:Fateeyh Pouad

No comments:

Post a Comment