Sunday 13 March 2011

                                                
                                                     PN.ROSITA BINTI SALLEH

                                                            PENGETUA
                    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN

                 "Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana di atas limpahan kurniaNya blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin ini akhirnya berjaya disiapkan oleh para pelajar yang tidak berputus asa dalam membuat pembaharuan demi sekolah yang tercinta.Pada pendapat saya,kewujudan blog ini merupakan satu usaha yang sangat bagus dan seharusnya sudah lama diwujudkan untuk memberi lebih banyak pendedahan dan perubahan yang positif kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin.Hal ini dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih 'simple' dan menyeronokkan antara guru-guru dan para pelajar di luar kawasan sekolah.Akhir kata,semoga blog 'kamipunyastory' ini akan terus maju dan sukses dalam merangka dan melaksanakan satu demi satu pembaharuan seiring dengan arus permodenan pada masa kini.Sekian."

No comments:

Post a Comment