Sunday 13 March 2011

                     
                                                       PN.LAU LEE JIUAN
                                 GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
              SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN
"Berita mengenai perancangan untuk mewujudkan blog ini agak lambat sampai ke telinga saya.Namun begitu,kumpulan HIGH SCHOOL BLOGGERS ini sangat peka dengan tugasan yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada mereka.Maka,'journalist' dan 'photographer' yang bertanggungjawab pun datang berjumpa dengan saya.Saya begitu teruja dan berbangga dengan hasrat kumpulan pelajar ini kerana bukan mudah sebenarnya bagi mereka untuk membahagikan masa untuk belajar dan meng'update' blog ini.
Hal ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dengan mudah jika kelima-lima orang pelajar ini tidak mampu untuk bekerjasama dengan baik.Saya percaya dengan adanya blog ini,para pelajar akan lebih mudah mengetahui perkembangan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN terutama sekali bekas-bekas pelajar sekolah ini yang masih ingin mengetahui tahap kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah ini.Saya berharap agar blog ini dapat digunakan untuk memberikan faedah kepada semua orang di luar sana dan bukannya sebagai medium hiburan semata-mata."

No comments:

Post a Comment