Tuesday 15 March 2011




Semua orang tahu bermula dari tingkatan 4,para pelajar kena pilih satu aliran/jurusan yang dikehendaki dan bersesuaian dengan keputusan PMR yang telah diketahui pada akhir  tahun sewaktu di tingkatan 3.Kebanyakan pelajar akan pilih aliran/jurusan yang dirasakan mudah dan 'relax' untuk 'dibawa' sehingga ke peperiksaan SPM.Tapi,tak semua pelajar sedar yang aliran/jurusan DOMESTIK ini sebenarnya mampu memberikan peluang yang lebih banyak sesudah tamat zaman persekolahan yakni bermakna sewaktu para pelajar melangkah masuk ke alam kolej/universiti.DOMESTIK bukan hanya mengajar asas-asas pembinaan bangunan malah lebih dari itu.Para pelajar akan lebih terdedah dengan aspek-aspek seperti aspek keselamatan,disiplin dan kemahiran bekerja.Tak semua pelajar boleh menerapkan aspek-aspek seperti ini dengan sendirinya.Guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi sentiasa ada untuk membantu dan tidak lokek ilmu.Jadi,jangan bimbang sekiranya ada pelajar yang berminat dengan aliran/jurusan ini namun tidak mempunyai asas dalam subjek-subjek yang bakal dipelajari kerana guru-guru aliran/jurusan DOMESTIK sudah tentu dapat membantu para pelajar dalam apa jua situasi yang dihadapi.
Siapa tahu,para pelajar akan meneruskan minat dan kemahiran ini ke peringkat yang lebih tinggi.Tak mustahil,bukan?Bak kata pepatah,'belum cuba,belum tahu'.
POST BY:Fateeyh Pouad

Monday 14 March 2011



OK.Gambar ni diambil masa salah seorang ahli HIGH SCHOOL BLOGGERS yang juga memegang jawatan sebagai 'photographer' tengah menjalankan tugas yang diamanahkan.Masa tu 'photographer' itu memang tengah mencari bahan untuk dimuatkan di dalam blog ini dan akhirnya menjadi tatapan anda semua.Bangunan sekolah kita ni ada dua tingkat.Setiap tandas dilengkapi dengan dua buah tandas.Jadi,para pelajar tak perlu berjalan jauh untuk ke tandas kerana pihak sekolah sememangnya 'alert' dengan kehendak para pelajar.Tandas dekat bahagian bawah tu untuk pelajar lelaki manakala tandas dekat tingkat atas tu pula untuk pelajar perempuan.Jadi,kepada sesiapa yang berhajat ingin bertandang ke sekolah kami.Jangan resah atau bimbang kerana kemudahan seperti tandas memang telah lama disediakan di sekolah kami.Walaupun bangunan ni telah lama dibina namun bangunan ini masih kukuh sehingga kini sama seperti kami,warga SMKDS yang masih berdiri teguh dalam mempertahankan martabat sekolah ini.
POST BY:Fateeyh Pouad



SMKDS  ada dua waktu rehat,waktu pertama untuk menengah rendah dan waktu kedua untuk menengah atas.Tapi,yang penting arah tuju para pelajar tetap sama.Nak ke mana lagi kalau bukan ke kantin?Kawasan kantin sekolah boleh dikatakan strategik kerana bersebelahan dengan koperasi dan berdekatan dengan KIOSK USAHAWAN MUDA.Jadi,para pelajar boleh membuat pilihan sendiri.Sama ada nak membeli makanan di kantin atau di koperasi.Kiosk hanya dibuka pada waktu kokurikulum sahaja kerana urusan perniagaanya berada di bawah tanggungjawab KELAB USAHAWAN MUDA.Kalau diamati dengan betul,memang gamat dan riuh suasana di kantin sekolah.Inilah masanya untuk kami,para pelajar mengisi perut yang kosong.Ada macam-macam makanan yang dijual di kantin.Pekerja-pekerja kantin pun sangat mesra dan suka bergurau.Selain itu,kantin sekolah juga dijadikan tempat untuk para pelajar menelaah pelajaran dan membuat 'studygroup' terutama sekali bagi mereka yang 'stayback' sehingga waktu petang.Di dalam kantin sekolah juga ada satu(yang boleh dikatakan)dewan kecil.Ada beberapa persembahan dan pertandingan dijalankan di situ.Kantin SMKDS bukan sekadar tempat 'mengisi perut' bahkan pelbagai perkara berfaedah boleh dilakukan di situ.Jadi,selalulah singgah di kantin sekolah.
POST BY:Fateeyh Pouad

GURU-GURU UNIT KO KURIKULUM


AZYAN BIN MOHD ARIS


PN.EU MEE SEONG

EN.KWAN VOON NAM

                     KETUA  PUSTAKAWAN SMKDS SESI 2011
NAMA:Nor  Suraya Bt Mahad
TARIKH LAHIR:3/5/1994
HOBI:Membaca/Melayari internet
HARAPAN UNTUK SMKDS:Supaya dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum seiring dengan harapan pihak sekolah dalam melahirkan insan yang ’ cemerlang ilmu,gemilang hidup’.  
HARAPAN UNTUK BLOG KAMIPUNYASTORY:Semoga adik-adik blogger dapat meneruskan usaha yang murni ini dengan bantuan guru-guru yang cemerlang serta para pelajar yang tidak lokek ilmu dan bantuan dalam memajukan lagi penggunaan blog ini dari masa ke semasa.Akhir kata,’ menjadi seorang blogger untuk blog, menjadi seorang  pelajar untuk belajar’.


                              KETUA PELAJAR SMKDS SESI 2011

                 NAMA   :Nur Amirah Binti Nor Azli
                        TARIKH LAHIR  :14/5/1994
                        CITA-CITA:Ahli Farmasi/Guru
                       HOBI:Membaca/Menonton televisyen 
                  HARAPAN UNTUK SMKDS:
                    Semoga dapat menjadi ketua pelajar yang baik
 dan dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Semoga semua  pelajar SMKDS terus menggandakan usaha dalam membangunkan serta menaikkan nama sekolah di masa hadapan dengan bantuan guru-guru yang sememangnya tidak mampu disangkal lagi kewibawaan setiap seorang daripada mereka kerana sesungguhnya  seluruh tenaga pengajar di SMKDS hebat-hebat belaka. Semoga SMKDS akan menjadi sebuah sekolah yang terunggul di MALAYSIA suatu hari nanti.
HARAPAN UNTUK BLOG ‘KAMIPUNYASTORY’:
Usaha murni  para ‘blogger’ sekolah seharusnya tidak dipandang sebelah mata kerana mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga di samping mengeluarkan idea-idea yang sangat hebat dari masa ke semasa dalam mewujudkan satu ‘rumah’  yang dipenuhi dengan pelbagai perkara menarik di mana semua warga SMKDS

merupakan penghuni yang setia.Saya percaya bahawa blog ini boleh pergi lebih jauh lagi.Dengan adanya blog seumpama ini,orang luar boleh mengenali SMKDS dengan lebih dekat lagi.Selain itu,kelebihan seperti ini juga sedikit sebanyak dapat menaikkan nama sekolah yang semakin membangun ini.Semoga kewujudan blog ‘KAMI PUNYA CERITA’ ini dapat terus memberikan informasi yang berguna kepada semua warga SMKDS khususnya para pelajar SMKDS sendiri.
 
                                                     EN.PERIYASAMY A/L RAMASAMY
                                    GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
          SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN


"Zaman teknologi dan komunikasi semakin sebati dalam hidup manusia pada masa kini.Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan pelbagai jenis lama-laman web yang tersedia kini.Para peajar sendiri khususnya lebih suka mencari maklumat melaui kemudahan internet dan tidak hanya bergantung kepada buku-buku sahaja.Oleh itu,wajarlah sekiranya blog seumpama ini diwujudkan sejak awal lagi.Melalui blog ini warga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN dapat berkomunikasi di alam maya bila-bila masa dan di mana jua.Para pelajar bukan sahaja dapat berkomunikasi dan berkongsi cerita sesama pelajar malah dapat bertanya kepada guru-guru untuk memantapkan kefahaman mereka dalam subjek-subjek tertentu.Keadaan ini dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan kemudahan blog ini ke arah positif.Saya berharap agar kumpulan pelajar HIGH SCHOOL BLOGGERS dapat bekerja dengan lebih gigih lagi untuk memperkenalkan sekolah dalam bidang kokurikulum seterusnya dapat menaikkan nama sekolah dalam arena sukan.
                                           
                                                         EN.SUBRAMANIAM
                                                             KAUNSELOR
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN

Sunday 13 March 2011

                     
                                                       PN.LAU LEE JIUAN
                                 GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
              SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN
"Berita mengenai perancangan untuk mewujudkan blog ini agak lambat sampai ke telinga saya.Namun begitu,kumpulan HIGH SCHOOL BLOGGERS ini sangat peka dengan tugasan yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada mereka.Maka,'journalist' dan 'photographer' yang bertanggungjawab pun datang berjumpa dengan saya.Saya begitu teruja dan berbangga dengan hasrat kumpulan pelajar ini kerana bukan mudah sebenarnya bagi mereka untuk membahagikan masa untuk belajar dan meng'update' blog ini.
Hal ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan dengan mudah jika kelima-lima orang pelajar ini tidak mampu untuk bekerjasama dengan baik.Saya percaya dengan adanya blog ini,para pelajar akan lebih mudah mengetahui perkembangan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN terutama sekali bekas-bekas pelajar sekolah ini yang masih ingin mengetahui tahap kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah ini.Saya berharap agar blog ini dapat digunakan untuk memberikan faedah kepada semua orang di luar sana dan bukannya sebagai medium hiburan semata-mata."
                                           PN.ROZALIA BINTI ABD.HAMID
                                             GURU PENOLONG KANAN
                 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN
"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan HIGH SCHOOL BLOGGERS kerana telah berjaya merealisasikan suatu perancangan yang boleh saya katakan sangat kreatif dan bernas.Sewaktu pertama kali saya diberitahu mengenai perancangan para pelajar ini saya berasa amat bangga kerana para pelajar  ini telah membawa nama dan pemikiran warga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN maju ke hadapan.Saya berharap agar usaha mereka ini tidak sia-sia malah akan terus dapat dilipat-gandakan dari masa ke semasa.Selain itu,saya berharap agar kewujudan blog ini dapat memberikan informasi-informasi yang berguna bukan hanya untuk para pelajar,malah seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin dan  komuniti yang menyokong kami dalam melahirkan generasi yang cemerlang demi negara yang gemilang ini.Sekali lagi tahniah saya ucapkan dan semoga terus berjaya."
                                                
                                                     PN.ROSITA BINTI SALLEH

                                                            PENGETUA
                    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHAHARDIN

                 "Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana di atas limpahan kurniaNya blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin ini akhirnya berjaya disiapkan oleh para pelajar yang tidak berputus asa dalam membuat pembaharuan demi sekolah yang tercinta.Pada pendapat saya,kewujudan blog ini merupakan satu usaha yang sangat bagus dan seharusnya sudah lama diwujudkan untuk memberi lebih banyak pendedahan dan perubahan yang positif kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin.Hal ini dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih 'simple' dan menyeronokkan antara guru-guru dan para pelajar di luar kawasan sekolah.Akhir kata,semoga blog 'kamipunyastory' ini akan terus maju dan sukses dalam merangka dan melaksanakan satu demi satu pembaharuan seiring dengan arus permodenan pada masa kini.Sekian."

Saturday 12 March 2011

ini blog kami punya story

VISION:To introduce our school to the worldwide.
MISION:Creating a BLOG which is talk about
                    School,teachers,students and everything that
                    happen around SMK DATO’ SHAHARDIN