Semua orang tahu bermula dari tingkatan 4,para pelajar kena pilih satu aliran/jurusan yang dikehendaki dan bersesuaian dengan keputusan PMR yang telah diketahui pada akhir tahun sewaktu di tingkatan 3.Kebanyakan pelajar akan pilih aliran/jurusan yang dirasakan mudah dan 'relax' untuk 'dibawa' sehingga ke peperiksaan SPM.Tapi,tak semua pelajar sedar yang aliran/jurusan DOMESTIK ini sebenarnya mampu memberikan peluang yang lebih banyak sesudah tamat zaman persekolahan yakni bermakna sewaktu para pelajar melangkah masuk ke alam kolej/universiti.DOMESTIK bukan hanya mengajar asas-asas pembinaan bangunan malah lebih dari itu.Para pelajar akan lebih terdedah dengan aspek-aspek seperti aspek keselamatan,disiplin dan kemahiran bekerja.Tak semua pelajar boleh menerapkan aspek-aspek seperti ini dengan sendirinya.Guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi sentiasa ada untuk membantu dan tidak lokek ilmu.Jadi,jangan bimbang sekiranya ada pelajar yang berminat dengan aliran/jurusan ini namun tidak mempunyai asas dalam subjek-subjek yang bakal dipelajari kerana guru-guru aliran/jurusan DOMESTIK sudah tentu dapat membantu para pelajar dalam apa jua situasi yang dihadapi.
Siapa tahu,para pelajar akan meneruskan minat dan kemahiran ini ke peringkat yang lebih tinggi.Tak mustahil,bukan?Bak kata pepatah,'belum cuba,belum tahu'.
POST BY:Fateeyh Pouad